Sejarah Pengakap Malaysia
Sejarah Pengakap di MALAYSIA Pergerakan Pengakap mula
berkembang di Malaysia (Malaya) apabila F.C.Sands menubuhkan pasukan Pengkap
Kanak-Kanak (cubs) di Singapura pada tahun 1910 ( Dua tahun setelah BP
mengasaskan Pergerakan ini di England).
Bergerak dari tarikh itu, pada tahun 1919 Pasukan Pengakap
untuk budak-budak Melayu telah diasaskan oleh Kapten N.M. Hashim dan Encik
A.Z.Alsagoff,juga di Singapura. Negeri
Melayu yang pertama memulakan Pergerakan Pengakap ialah Pahang (Pekan) oleh
G.M.Laidlow.Namun begitu, pergerakan ini terus terkubur setelah
G.M.Laidlow meninggal.
Pada tahun 1927, pergerakan Pengakap dihidupkan semula oleh
H.P.Hertslet, Frisby dan Wheeler dari Jabatan Pelajaran Pahang memajukan
pergerakan ini. H.R. Cheesman (seorang ahli pendidikan yang terkenal) telah
menubuhkan pergerakan Pengakap di Pulau Pinang iatu di Penang Free School pada
tahun 1915.
Mendiang juga menjawat jawatan sebagai Penolong Pesuruhjaya
Pengakap Malaya selama 13 tahun lamanya. Di Perak pula, pergerakan pengakap
ditubuhkan di Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) pada tahun 1926 oleh
I.R.Wheeler.Pada tahun 1922, pergerakan Pengakap bermula di Kedah. Manakala di
Johor pula, pergerakan ini bermula pada tahun 1928 dengan kumpulan pertamanya
di Maktab Sultan Abu.Bakar.
Melaka dan Negeri Sembilan memulakan pergerakan Pengakap
pada tahun 1926 oleh Brunstone. Selangor menubuhkan pergerakan Pengakap pada
tahun 1926 oleh Ameen Akbar. Terengganu dan Kelantan memulakan pergerakan ini
pada tahun 1927. Pengasas di Terengganu ialah A.J.Gracle,dan di Kelantan pula
ialah YM Tengku Ahmad Temenggong.
Perlis pula ialah pada tahun 1931. Sarawak menubuh
pergerakan pengakap pada tahun 1913 dan Sabah pada tahun 1915. Setelah merdeka
pada tahun 1957, Persekutuan Budak-Budak Pengakap Tanah Melayu, menjadi ahli
dalam Persidangan Pengakap Sedunia. Pada tahun 1963 (penubuhan Malaysia),
Persekutuan Budak-Budak Pengakap Tanah Melayu ditukar kepada Persekutuan
Pengakap Malaysia.
Ringkasan Tahun Negeri Yang menubuhkan pergerakan Pengakap
1910 Singapura F.C. Sands 1913 Sarawak (tidak aktif sehingga tahun 1930) . 1915
Sabah (tidak aktif sehingga tahun 1930) . 1915 Pulau Pinang H.R.Cheesman 1919
Singapura (pengakap Melayu) Kepten NM Hashim/En.AZ Alsagoff 1922 Kedah EC Hicks
/ EAG Stuart / RPS Walker 1926 Perak I.R. Wheeler 1926 Melaka & Negeri
Sembilan Brunstone 1926 Selangor Ameen Akbar 1928 Johor 1927 Terengganu A.J.
Gracle 1927 Kelantan YM Tengku Ahmad Temenggong 1931 Perlis.
Setelah aktiviti kepengakapan tersebar luas, keperluan untuk
mewujudkan badan penyelaras disedari. Sejurus selepas Perang Dunia Kedua, pergerakan
pengakap di Tanah Melayu disusun semula menjadi Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu. Apabila Persekutuan Tanah
Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, persekutuan ini diterima sebagai
ahli Pesekutuan Pengakap Sedunia pada 1 September 1957. Seterusnya, apabila
Sabah, Sarawak dan Singapura bergabung bersama Tanah Melayu membentuk Malaysia,
pergerakan pengakap negeri-negeri tersebut juga turut bergabung. Hasilnya pada
November 1964 Persekutuan Pengakap
Malaysia ditubuhkan.
Persekutuan Pengakap Malaysia diperbadankan melalui Akta
Persekutuan Pengakap Malaysia (Pemerbadan) 1968, dan (Semakan) 1989. Dengan
keistimewaan ini Duli-duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Agong dan Raja-raja
Melayu serta Tuan-tuan Yang Terutama merupakan penaung pergerakan pengakap di
peringkat negeri dan nasional.
|
|
No comments:
Post a Comment