Monday, 17 December 2012
Monday, 15 October 2012
ISTIADAT LAUNG AGONG
Istiadat Laung Agung adalah tradisi dalam Istiadat PKK dan telah
digunakan di seluruh dunia. Ia dilakukan oleh PKK untuk menunjukkan
bahawa mereka telah membuat "Sehabis Baik". Kata penghargaan itu
ditujukan khas kepada pemimpin PKK atau Akela. Laung Agung hendaklah
diadakan pada setiap awal dan akhir perjumpaan PEK
1. TUJUAN
a. Menandakan permulaan atau tamat sesuatu perjumpaan
b. Mengingati tradisi atau istiadat bagi PKK di seluruh dunia
c. Untuk menghormati tetamu yang datang ke PEK
d. Melahirkan semangat setiakawan, perpaduan serta membina disiplin
e. Menyatakan bahawa PKK membuat "Sehabis Baik"
2. CARA PELAKSANAAN ISTIADAT LAUNG AGUNG
1.
Akela berdiri di hadapan bendera dan berteriak " PEK " (1 kali – kuat
& nyaring). Semua PKK berdiri diam dalam keadaan sedia
2.
Akela berteriak "PEK, PEK, PEK" dan melipat tangan paras bahu sebagai
isyarat kepada PKK membuat bulatan kecil bahu ke bahu mengeliling Akela
PKK menjawab " P...E...K..." (5 harkat) dan berlari anak megelilingi
Akela dengan membuat bulatan kecil bahu ke bahu.
3. Akela depakan
tangan sebagai isyarat kepada PKK membuat bulatan besar mengikut
sekawan mengelilingi Akela sambil berpegangan tangan. Apabila bulatan
telah berada dalam keadaan sempurna, Akela turunkan tangan dan PKK
menjatuhkan tangan mereka.
4. Akela angkat tangan depa dari bawah
ke paras bahu dan PKK mengangkat tumit. Akela merapatkan tangan ke peha
dan secara serentak PKK mencangkung dengan kedua-dua peha rapat ke
hadapan dan tangan di sisi kedua-dua belah peha dengan hujung lima jari
mencecah ke tanah sambil kepala memandang ke hadapan dan terus berkata
serentak " A K E L A " KITA BUAT HABIS BAIK. Pada penghabisan perkataan
BAIK, PKK sudah bangun tegak dalam keadaan sedia.
5. Petugas
(Ketua Sekawan Bertugas) memberi hormat kepada Akela dan mencabar "KAMU
BUAT HABIS BAIK?" PKK memberi hormat kepada Akela dan terus menjawab
"KAMI BUAT HABIS BAIK" Akela membalas hormat dalam keadaan sedia (tidak
berpusing). PKK tidak jatuhkan tangan mereka sehingga Akela menjatuhkan
tangannya.
3. ISTIADAT MENGIBARKAN BENDERA
1. Akela akan
berkata "BENDERA". Semua PKK mengadap bendera. Petugas (Ahli dalam
Sekawan Bertugas) keluar terus berjalan (berkawad) menuju ke tiang
bendera.
2. Petugas (Ahli dalam Sekawan Bertugas) berhenti pada
jarak satu langkah di hadapan tiang bendera. Dalam keadaan sedia, tangan
kanan petugas merentap (1 kali sahaja) tali bendera untuk "memecah
bendera" dan selangkah ke belakang untuk memberi hormat bendera serta
diikuti pemimpin dan PKK. Petugas berpusing ke belakang dan kembali ke
tempat asalnya dengan berkawad.
3. Selepas itu, Akela akan
berkata "NEGARAKU". PKK secara serentak menyanyikan lagu "Negaraku"
bersama-sama dan kuat. Pada akhir lagu semua PKK mengadap kembali ke
dalam bulatan seperti asal.
4. Selepas itu Akela berkata "DOA".
Petugas (Ahli dalam Sekawan Bertugas) berkata "up" sebagai isyarat
menadah tangan berdoa. Bagi yang bukan muslim, tundukkan kepala dan
pandang tumit sambil bertafakur mengikut agama masing- masing. Selepas
tamat doa Petugas (Ahli dalam Sekawan Bertugas) berkata "up" sebagai
isyarat turunkan tangan.
5. Sekiranya ada Ketua Pemimpin, Akela akan melapur kepada Ketua Pemimpin atau minta menjalankan tugas lain.
6. Selepas itu Pemimpin dikehendaki memeriksa dan membetuklan kesilapan uniform PKK sebelum membuat pengumuman.
1. Pecahan tiga kelopak-melambangkan Persetiaan Pengakap yang tiga,
iaitu taat kepada Tuhan, taat
kepada Raja dan taat kepada Negara.
2.
Dua buah bintang pecah lima warna ungu pada kelopak kiri dan kelopak
kanan-melambangkan Undang
-undang Pengakap yang sepuluh itu.
3. Ikatan putih-menunjukkan ikatan persaudaraan pengakap.
4. Lingkaran tali berwarna putih-melambangkan persaudaraan Pengakap Sedunia.
5. Warna ungu-warna Biro Pengakap Sedunia.
6. Warna putih-kesucian dan kebersihan.

LAMBANG PENGAKAP MALAYSIA
1. Terdapat 3 kelopak pada lambang yang membawa maksud 3 Persetiaan Pengakap iaitu:Taat
kepada Tuhan,Raja dan Negara,Menolong orang setiap
masa,Menurut undang-undang Pengakap.
2. Bintang pecah lima (berwarna hijau) menandakan undang-undang Pengakap yang sepuluh.
3. Ikatan hijau yang mengikat kelopak melambangkan "Persaudaraan Pengakap"
4. Bintang pecah 14 melambangkan "Kesemua negeri-negeri dalam Malaysia"
5. Bulan Sabit menandakan "Agama rasmi Negara iaitu Agama Islam".
6. Lingkaran Tali melambangkan "Perpaduan Rakyat Malaysia dan Persaudaraan Pengakap Sedunia".
7.
Warna kuning,hijau,merah yang terdapat pada lambang menandakan
unit-unit pengakap:Kuning -
"Pengakap Kanak-Kanak",Hijau - "Pengakap
Muda",Merah - "Pengakap Remaja"
8. Warna kuning pada bulan sabit dan bintang juga melambangkan warna diraja bagi Duli-Duli
Yang Maha Mulia Raja-Raja.
Friday, 12 October 2012
Sejarah Pengakap Malaysia
Sejarah Pengakap Malaysia
Sejarah Pengakap di MALAYSIA Pergerakan Pengakap mula
berkembang di Malaysia (Malaya) apabila F.C.Sands menubuhkan pasukan Pengkap
Kanak-Kanak (cubs) di Singapura pada tahun 1910 ( Dua tahun setelah BP
mengasaskan Pergerakan ini di England).
Bergerak dari tarikh itu, pada tahun 1919 Pasukan Pengakap
untuk budak-budak Melayu telah diasaskan oleh Kapten N.M. Hashim dan Encik
A.Z.Alsagoff,juga di Singapura. Negeri
Melayu yang pertama memulakan Pergerakan Pengakap ialah Pahang (Pekan) oleh
G.M.Laidlow.Namun begitu, pergerakan ini terus terkubur setelah
G.M.Laidlow meninggal.
Pada tahun 1927, pergerakan Pengakap dihidupkan semula oleh
H.P.Hertslet, Frisby dan Wheeler dari Jabatan Pelajaran Pahang memajukan
pergerakan ini. H.R. Cheesman (seorang ahli pendidikan yang terkenal) telah
menubuhkan pergerakan Pengakap di Pulau Pinang iatu di Penang Free School pada
tahun 1915.
Mendiang juga menjawat jawatan sebagai Penolong Pesuruhjaya
Pengakap Malaya selama 13 tahun lamanya. Di Perak pula, pergerakan pengakap
ditubuhkan di Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) pada tahun 1926 oleh
I.R.Wheeler.Pada tahun 1922, pergerakan Pengakap bermula di Kedah. Manakala di
Johor pula, pergerakan ini bermula pada tahun 1928 dengan kumpulan pertamanya
di Maktab Sultan Abu.Bakar.
Melaka dan Negeri Sembilan memulakan pergerakan Pengakap
pada tahun 1926 oleh Brunstone. Selangor menubuhkan pergerakan Pengakap pada
tahun 1926 oleh Ameen Akbar. Terengganu dan Kelantan memulakan pergerakan ini
pada tahun 1927. Pengasas di Terengganu ialah A.J.Gracle,dan di Kelantan pula
ialah YM Tengku Ahmad Temenggong.
Perlis pula ialah pada tahun 1931. Sarawak menubuh
pergerakan pengakap pada tahun 1913 dan Sabah pada tahun 1915. Setelah merdeka
pada tahun 1957, Persekutuan Budak-Budak Pengakap Tanah Melayu, menjadi ahli
dalam Persidangan Pengakap Sedunia. Pada tahun 1963 (penubuhan Malaysia),
Persekutuan Budak-Budak Pengakap Tanah Melayu ditukar kepada Persekutuan
Pengakap Malaysia.
Ringkasan Tahun Negeri Yang menubuhkan pergerakan Pengakap
1910 Singapura F.C. Sands 1913 Sarawak (tidak aktif sehingga tahun 1930) . 1915
Sabah (tidak aktif sehingga tahun 1930) . 1915 Pulau Pinang H.R.Cheesman 1919
Singapura (pengakap Melayu) Kepten NM Hashim/En.AZ Alsagoff 1922 Kedah EC Hicks
/ EAG Stuart / RPS Walker 1926 Perak I.R. Wheeler 1926 Melaka & Negeri
Sembilan Brunstone 1926 Selangor Ameen Akbar 1928 Johor 1927 Terengganu A.J.
Gracle 1927 Kelantan YM Tengku Ahmad Temenggong 1931 Perlis.
Setelah aktiviti kepengakapan tersebar luas, keperluan untuk
mewujudkan badan penyelaras disedari. Sejurus selepas Perang Dunia Kedua, pergerakan
pengakap di Tanah Melayu disusun semula menjadi Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu. Apabila Persekutuan Tanah
Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, persekutuan ini diterima sebagai
ahli Pesekutuan Pengakap Sedunia pada 1 September 1957. Seterusnya, apabila
Sabah, Sarawak dan Singapura bergabung bersama Tanah Melayu membentuk Malaysia,
pergerakan pengakap negeri-negeri tersebut juga turut bergabung. Hasilnya pada
November 1964 Persekutuan Pengakap
Malaysia ditubuhkan.
Persekutuan Pengakap Malaysia diperbadankan melalui Akta
Persekutuan Pengakap Malaysia (Pemerbadan) 1968, dan (Semakan) 1989. Dengan
keistimewaan ini Duli-duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Agong dan Raja-raja
Melayu serta Tuan-tuan Yang Terutama merupakan penaung pergerakan pengakap di
peringkat negeri dan nasional.
|
|
Subscribe to:
Comments (Atom)